Salam
Up Salam Senarai Ahli Jadual Kelas Photo Album Message Board Link

Kata kata aluan daripada Penghulu DPA2/98D.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,

Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwataala kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan kata aluan di laman ini . Saya berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh sahabat-sahabat yang terlibat dalam pembikinan halaman ini sekelian yang berjaya menidentitikan kumpulan kita agar ukhuwwah yang terbina akan lebih erat terjalin. Saya percaya laman ini akan memberi manafaat yang besar kepada kita semua termasuklah berkongsi idea, pengalaman , aktiviti , penukaran jadual INTAN ( jika ada ) dan yang lebih penting ialah kita menggunakan semaksimum mungkin saluran untuk meyampaikan informasi terkini kepada rakan-rakan kita .

Saya berharap rakan-rakan agar dapat mengambil pengajaran baik yang berguna daripada tempoh 3 bulan kita bersama . Kita tidak mungkin dapat bersama lagi dengan jumlah yang besar kerana kesibukan kita dengan tugas seharian disamping kursus INTAN yang padat . Saya sedar bahawa mungkin ada di antara kita yang masih lagi tidak bersetuju atau sependapat dengan saya dalam sesetengah perkara maka dikesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada lagi perkara yang terbuku dan tersimpan di hati rakan -rakan semua ..yang sudah tu sudahlah ..anggaplah perkara tersebut sebagai keperluan mendesak di ketika dan saat itu dan tiada kena mengena dengan perkembangan terkini yang amat memerlukan sokongan dan bantuan anda semua bagi menjayakan laman ini .

Laman ini adalah bebas , reformasi , berkecuali dan sesiapa berhak untuk menyatakan luahan perasaan atau ingin berkongsi pengalaman yang tidak mungkin tercatat pada mana-mana catitan sejarah ... anggaplah laman ini sebagai satu permulaan kepada kehidupan dunia PTD yang sebenarnya amat perlu dijuruskan kepada yang lebih baik .Saya mendoakan agar semua rakan-rakan berjaya dalam tugas seharian dan berharap semoga ingatan 3 bulan kita itu akan menjadi pendorong kepada kita semua untuk bekerja dengan lebih gigih dan berdedikasi demi memperjuangkan Agama , Nusa dan Bangsa Tercinta .

Jayakan Laman ini Bersama .

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

 

b.p. Penghulu

14/4/1999

"If you have a good friend, you don't need a mirror"