Polis
Up Polis BTN Bomba Tentera

Coretan Ringkas

Jam pukul 10:47:55 malam, sambil menghisap rokok Dunhill (jangan cakap dengan zairy, ok) aku menyumbangkan sesuatu untuk laman web PTD 2/1998D. Setelah diminta oleh webmaster (En. Faizal) dgn paksa. [Dengan izinnya membenarkan penulis menggunakan gaya bahasa sendiri].

Modul Disiplin dan Keselamatan, PTD 2/98 ke 41 berlangsung dari 21/9/1998 hingga 2/10/1998 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bahru, Selangor DE. Selama berlangsungnya modul berkenaan terasa macam polis pulak, cuma tak diberi senjata api. Kalau ade peluang tu ngam gak, boleh main tembak-tembak.

Hari pertama pukul 10 pagi dari INTAN, Bukit Kiara naik 2 bas. Melapor diri, diberi seragam polis lama dan kena gunting rambut  stail abang Polis. Lain-lain aktiviti berlangsung seperti taklimat, kuliah, lawatan, makan-makan dan macam-macam tu biasalah..cuma beberapa yang rasa seronok. seperi yang akan aku ceritakan di bawah ini.

Kawad. Petang-petang lagi dah terpacak kat padang kawad, kena pakai boot kawad, pelapik putih tu (ntah apa ke namanya), baju kolar putih dan berseluar coklat tanah "kiri kanan kiri kanan"..tu la yang disebut-sebut. Salah je kena lari round skuad. Aku tengok si Rozida yang banyak berlari (jangan beritahu dia nanti dia mengamuk dengan aku). Aku Ok aje, Faizal-Ok, Azhan-Ok, Zairy-OK (cuma sebut nama-nama kroni  aje) lain tu, kira ok lah keseluruhannya. Kepada cikgu-cikgu kawad (Kpl Abd Majid, Kpl Mat Yusuf, Kpl Hamdan - Terima kasih cikgu)

Musketry. Mula-mula tak tau ada gak peraturan masa di lapang sasar. So, kenalah cikgu-cikgu beri tunjuk ajar, dari A sampai Z. Senjata real punya (Hkp9s..betuk ke??)  tapi tak de peluru. Pakai mulut aje kalau nak berbunyi. Hari menembak 28/9/98 (Isnin) telah dimenangi oleh Puan Fazidah dari Kementerian Kesihatan- Tahniah diucapkan. Lelaki termasuk lah yang menulis ni takde hasil. Upacara paling best hari itu mengutip kelongsong peluru.

Lawatan ke Mahkamah Majistret KKB. 22/9/1998. Aku hampir terlelap dibelakang. Adalah mamat mana yang kena tangkap pasal kes dadah dan curi.

Lawatan ke Pengkalan Polis Marin, Port Kelang 29/9/1998 (Selasa). Wahhh..inilah yang best, naik bot rasa naik titanic. Berdiri kat anjung bersama geng-geng semua, air masa tu Ok. Syukur tak bergelora kalau tidak mesti ade kawan-kawan yang mabuk laut.

Mandi Kolam Air Panas. Kepada Chief de Mission En Abdul Malique (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) , thanks sebab sampaikan maklumat lokasi kolam tersebut, dan selamat pengantin baru (sempat lagi ni..) Dia kawin dengan Cik (Sekarang Puan) Aida (Kementerian Kesihatan)... So petang-petang mandi air panas, rasa macam sauna (webmaster:-penulis telah menyertakan pelan untuk ke lokasi tersebut tetapi terpaksa disensor, buat abis i punya space kat sini je..)

Malam mesra. 20/9/98 (Rabu). Encik Adnan (ADO Melaka Tengah) dan En Gary (KPKT) buat persembahan solo petang tu, sayang aku tak tengok. En Adnan main gitar solo..bekas ex-guitarist Crossfire lah katakan. dan En Gary main Drum, boleh tahan jugak u all ni yea.. Malam mesra kena buat persembahan. Pujian kepada En Faizal dan En. Azhan (lepas diaorang menari boria diaorang nyanyi nasyid....) Masha Allah...Persembahan oleh En Azman (KPKT), En Taib, En. Lan Kecik (KPLB), En Lan Besar (Treasury) dan geng2 lain memanaskan lagi suasana malam tu. Silat oleh En Khairul Hafiz (Michai drp KDN), En Leonard (Treasury) dengan lagu cintan dia dan MC pada malam tu En Zainal Abidin (Treasury) dengan pasangan dia Suhara (Treasury) dan lain2 persembahan merancakkan suasana.

Makan-makan. Makan cara Polis. Lain macam je-tapi tak pe..ade bacaan doa kira ok lah tu. Kena berdiri, duduk dan makan. Makanan lebih dari OK. Layanan macam VVIP. Terimakasih (sebab aku suka  bab makan-makan ni).

Operasi lalu lintas & Jenayah. (Sabtu-26/9/98). Pagi ditempatkan di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee KL, diberi taklimat dan kemudian ikut kumpulan kecil pergi kawal jalan. OK la, rasa gak macam mana kawal trafik. Ada la yang masa kawal jalan tu jalan jadi jem. Biasalah baru lagi. Rozida dan Abang Che Murad Sayang la yang buat jalan jem tu... Malam ada operasi Jenayah, syukur tiada yang cedera. Ngantuk? ade la sikit-sikit, itu pun dah berapa cawan kopi aku minum. Sebelum pergi, makan nasi lemak. Ada biskut lagi.

Ok lah memandangkan webmaster dah bising-bising, kita stop la kat sini. Mungkin ada cerita menarik yang tak diceritakan disini. So kawan-kawan lain yang nak menambah, sila hubungi webmaster.

Saya Freddy@Muhammad Farid memohon maaf dan halalkan makan-minum sekiranya catatan ini menyinggung perasaan geng2 semua. Kepada yang namanya tidak disebut, jangan kecil hati.

Terima kasih kepada Ketua Penyelaras Supt. Hashim Haron dan semua warga Maktab Polis DiRaja dangan layanan yang diberikan. May Allah bless you all.

Disediakan oleh:

Freddy@Muhammad Farid Girip,
Seksyen Penguatkuasaan dan Hasil Tanah Persekutuan,
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian,
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

No. Telefon: 03-2921566 ext 445.

 

Gambar-gambar daripada Ahli-Ahli Kumpulan

 

tengok Michai tu.....

Di atas bot PZ polis marin ketika dibawa melancong mengelilingi Port Kelang

Up Polis BTN Bomba Tentera