Tentera
Up Polis BTN Bomba Tentera

Coretan Ringkas

MOON OVER PULADA


Tak pernah termimpi langsung untuk melibatkan diri dalam apa jua bentuk kursus ketenteraan. Namun apabila diberitahu bahawa Kursus DPA akan melibatkan modul sedemikian, ya Allah !, kegerunan mulai menyesak fikiran. Bagai menghitung detikan bom jangka, aku lalui modul polis, BTN dan bomba dengan hati yang tak pernah tenang bila mengingatkan modul ketenteraan yang terpaksa ditempuhi di akhir kursus DPA - bagaimana dengan kulit muka (mungkin terbakar dengan keterikan matahari), bagaimana dengan rambut (mungkin gonjeng menuruti disiplin tentera), bagaimana dengan latihan-latihan lasaknya…termampu ke ?.

Akhirnya pada 7 Disember 1998, kaki ini berpijak juga di bumi PULADA. Beret yang menempatkan kadet-kadet PTD, kelihatan amat daif berbanding sewaktu di Kuala Kubu Baru. Aku ditempatkan di hujung beret itu, bersebelahan Saifuzzaman dan Zulhairin (uh!..karektor yang terlalu defensif) dengan Lan Johar sebagai penjaga pintu beret…selambak di situ. Kolony, member celoteh aku, ditempatkan di beret bawah bersama Azhan dan Freddy. Sibuk benar dia membandingkan keselesaannya duduk di Downlane Barrett berbanding dengan aku di Damansara Height, yang menurutnya, panas, crowded dengan orang-orang yang tak menarik dan banyak semut api. Selang dua hari kemudian, Kolony sendiri diserang semut api hingga bengkak-bengkak badan…padan muka.

Apabila latihan bermula, seksanya pakai baju tentera mula menganggu selesa Udah le tebal, berbau dan gatal, berkawat pula di tengah padang di bawah kerahan kapten (pegawai waran) bermisai melintang. Tak pernah aku seserius itu berkawat,.. takut kena marah. Aku tersenarai di antaranya bersama Kolony, Azhan, Khairuddin, Ramlee, Che Wan, Badrul, Leonard, Michai, Shahrul Kamal, Khairul Nizam, Asdirhyme, Zulhairin, Saifuzzaman, Noor Azman, Raihan, Zalilah, Azizati, Roslinda, Norehan, Yu Chai Ping dan Fazidah di dalam satu platun berbaju merah - Platun Scorpion. (webmaster- Asdirhyme tu satu paltun ngan u ke???..Falcon tu) Aku tak pernah bangga dengan nama platun atau dengan platun itu sendiri, sememangnya aku tak pernah berasa ’biiyah kumpulan…walaupun ada kawan-kawan yang lain yang kelihatannya begitu fanatik dengan semangat platun masing-masing.


Pertandingan antara platun yang pertama kami hadapi ialah larian merentas desa (10 km). Di waktu ujian kecergasan, aku dapat nombor 13 di belakang Azhan dan Zainal. Tapi apabila pertandingan sebenarnya
berlangsung, aku berjaya meraih tempat ke-10 (itupun, sebab Azhan tiada). Namun aku tak lupa pada accompanionship Badrul yang sama-sama saing berlari (kalau dulunya di BTN, menjadi partner aku mendayung canoe), memberi semangat untuk meneruskan larian hingga ke garisan akhir.

Pertandingan seterusnya ialah merempuh halangan. Pada mulanya, aku dan Kolony tersenarai sebagai pom-pom guys, namun akhirnya atas kemuliaan hati Khir (panggilan manja aku bagi Khairuddin), aku dicalonkan sebagai salah seorang daripada peserta. Kolony terpaksa le join pom-pom girls..padan muka (sekali lagi). Pertandingan itu benar-benar menguji ketahanan fizikal dan minda - aku bersyukur kerana terpilih
menyertainya. Sekurang-kurangnya dapat aku menyumbangkan something untuk platun. Platun Scorpion bukan setakat berjaya memecahkan rekod masa terpantas, malah berjaya menyerlahkan kesepaduan arahan dan commitment penuh pada ketua (eat your heart out Falcon and Cobra !). (webmaster's note: alehhh..we all saja aje bagi u menang...)

Pertandingan menembak agak mengecewakanku kerana gagal mempamerkan keunggulan (ewah!). Namun, hati aku tetap terhibur dengan senda-gurau kapten Fauzi dan rakan-rakan seplatun yang keletihan selepas memenangi pertandingan terakhir tersebut.


Aktiviti gerak-gempur mengkehendaki kami berkhemah di dalam hutan. Aku sebumbung dengan Kolony. We have a very great time - berborak, menyanyi dan berparti dengan Zalila, Kak Raihan, Mejar Azlan dan Kapten Fauzi. Sesekali dalam keheningan belantara itu, terdengar suara Saifuzzaman dan Zulhairin yang sibuk mengingatkan aku dan Kolony betapa kebisingan celoteh kami akan menganggu-gugat kerahsiaan lokasi perkhemahan. Lantak le…mulut tempayan boleh le ditutup…lagipun, aktiviti ini hanya sekadar pendedahan, bukannya a real thing. Zul dan Saiful agak terover bila diberi pangkat Ketua Unit..sorry le, points well-taken guys. Dalam ketertawaan tu, Khir sebagai Ketua Platun, mengarahkan aku buat jamban… that’s not bad compared to Kolony yang terpaksa pikul kayu jamban tu setelah digunakan oleh beberapa orang, termasuk aku…yucks!. Masamnya muka Kolony mengalahkan cuka, sampai semua orang tak berani nak tegur…kesian dia.


Gunung Panti mencoretkan kenangan suram bagi aku kerana berlakunya sedikit salah-faham dengan ahli platun dan memaksa aku membatukan diri di sepanjang pendakian tersebut. Tak sangka ramai yang perasan akan perubahan aku tu - Michai asyik buat lawak, mengharapkan aku ketawa, Khir menyalahkan diri sendiri, Shahrul Kamal sentiasa offer help membetulkan kedudukan beg sandang aku, Badrul memujuk dan merajuk
manakala Zalila pula risau aku tak makan. Thanks for your concern, guys. Mejar Azlan tercari-cari aku dalam kesesakan rakan-rakan yang terbaring keletihan, ingin mengucapkan syabas personally di samping ingin meminjam kaset Mariah Carey.

Akhir sekali, makan istiadat dan mass-night yang cukup berkesan di memori bilamana ianya disusunatur begitu berprosedur dan rapi sebagai meraikan malam terakhir kami di PULADA. Aku diberi peluang menyumbangkan suara bersama Che Wan, menyanyikan lagu nasyid dan kemudiannya memainkan keyboard mengiring nyanyian Amiruddin..boleh tahan beb !. Dari kejauhan, aku memerhatikan gelagat kawan-kawan di dalam suatu suasana yang mungkin tidak dapat aku lalui bersama lagi selepas ini. I just captured the precious moments…hope we’ll still be friends until the next moon over PULADA.

Disediakan oleh:

Ahmad Zairy b. Mohd Soieb
Caw. Perjawatan,
Bhg. Sumber Manusia,
Tingkat 3 Blok A,
Kementerian Kesihatan,
Jalan Cenderasari 50590,
Kuala Lumpur
03-2985077 ext 106
[email protected]


Gambar-gambar daripada Ahli-Ahli Kumpulan

sila klik pada gambar untuk saiz besar

Ketika Melawat Kor Jentera di Kluang

sila klik pada gambar untuk saiz besar

Falcon, sebelum menjalani battle innoculation

sila klik pada gambar untuk saiz besar

Inilah platun yang menang..........

sila klik pada gambar untuk saiz besar

Murad..alah..mentang2 kau dah abis buat.....

sila klik pada gambar untuk saiz besar

Horeyyyyyyyyy......

sila klik pada gambar untuk saiz besar

  hensem tak??????

Up Polis BTN Bomba Tentera